my blog , my say .
Assalamua'laykum..my name is LAILA... Currently 23. I'm a gemini girl..I live at Bangi..I'm jz a simple person..my motto also simple, "life is simple if you make it simple"..I am like everyone else , I do have ambitions and I chase dreams. I love to hangout with my frens,watching movies,listening to music,dancing,karaoke,internet...so far I'm happy with my life journey..but sometimes I intend to kill myself..hahah! coz life is not as simple as I think before..KUSUT. I love to be loved , so love me for who I am.♥♥♥♥♥
Close All

November 02, 2009

Hurm..
Saya kat ofis sekarang..
Sedang menunggu contractor site call..
Dalam menunggu tu, saya risau ni...
Risau sebab kelmarin saya timbang berat saya naik 2 KG...God!
Saya tak pernah seberat ni..
Saya dah tahu penyebab utamanya..saya makan banyak sangat Big Apple Donuts..
Memang saya banyak sangat makan bulan ni..fastfood pon banyak..
Pizza Hut, Domino, KFC, McD, A&W....huh~ -- padan muka saya..
Makan tak ingat... x bersyukur langsung...tau nak sedap je...--maafkan saya perut...

Bulan ni saya nak control pemakanan saya..agar menjadi gadis yang sihat..hahahaha!

2:15 PM

October 09, 2009



12:58 AM

August 09, 2009

Kekeliruan yang menekan
kita menjadi tertekan

Kekeliruan yang memuncakan fikiran
mencari jawapan diantara jawapan

persoalan :
Apakah kedua - duanya dapat membantu untuk menyelesaikan?

**sekarang memang mudah,akan datang siapa tahu. moga Tuhan lindungi aku.

2:16 AM

August 08, 2009

Aku mungkin seorang yang rajin
Tapi aku bukan seorang ulat buku
Kesimpulannya aku bukan bijakpandai.

3:21 PM

August 02, 2009

Berdebar. Berdebar. Berdebar.

Berdebar menanti Isnin ini.
Berdebar kerana ia hari pertama aku bekerja sebagai staf Motorola.
Berdebar mahu menemui rakan-rakan ofis di Maxis dulu.
Berdebar menanti tugasan yang bakal diberi supervisor.
Berdebar memikirkan adakah aku ingat command-command tersebut setelah berehat sebulan.
Berdebar menjadi seorang database engineer yang komited terhadap kerjanya.

Walaubagaimanapun, aku gembira sebab hujung bulan dapat gaji yang lumayan wooo.. :p
Tidak lupa untuk simpanan masa depan. Ini penting.
Tapi aku juga takkan lupa untuk berkongsi rezeki ini bersama orang-orang sekeliling aku.
Terutama ibu & ayah.

Thanks for all your support.

Terima kasih Tuhan.

10:26 AM

August 01, 2009

Bosan. Bosan. Bosan lagi.
Bila bosan, mulalah aku merepek lepak web sana, web sini.
Tadi lepak kat ROXY. Best. Sebab colourful. Ceria sedikit mood aku.
Seperti biasa, ternampak item-item yang berkenan. Jangan aku terbeli sudah. :P


kotak-kotak yang cool


aku cari vest hitam larh

comel

sweet

simple

3:41 PM


Aduh.
Bosan sungguh.
Dalam bosan-bosan, aku lepak-lepak tengok butik orang (online shopping).
Actually, aku suka items dalam online butik sebab cantik-cantik.
Harga pun murah-murah.
Sometimes,beg,baju,kasut yang cantik boleh dapat harga bawah RM80.(Best kan?)
Kalau items tu cantik & nampak mahal tapi boleh dibeli dengan harga murah, why not?
Tapi prinsip aku kalau membeli baju,aku suka try dulu. Tengok sesuai ke tak.
Links ini juga sebagai salah satu cara untuk update perkembangan terkini dunia fesyen.
Tapi aku bukanlah mangsa fesyen. Hanya suka tengok sesuatu yang cantik & kreatif.
Kalau ada yang aku berkenan dalam online butik tu, aku cari lah dekat mana-mana shopping mall. Mesti jumpa punya yang exactly same. Cara ini supaya lebih puas hati.

Ini links yang sudah di update.
Aku letak links ni dekat sebelah kiri blog aku.(pada menu Shopping)

AlmariKami
Badger
ButtonMyButton
DetailedWears
FabulousMuslimah
Glampot
GetGorgeous
Hajaba
OrangeLittle
Shoeholic
Stylish
WawaStore
WedgieWedges

RM56


RM25


RM148

RM159

RM180


RM750

**Berejam juga aku 'window shopping' mlm ni. (ini first post untuk bulan ini)

3:07 AM

July 22, 2009


Ya Allah...

Kenapa aku selalu sangat 'tertahu' benda-benda nih...
Aku dah tak nak tahu...
Tapi kenapa Dia selalu bagitahu aku..
Apa sebenarnya yang Dia nak bagitahu aku ni..
Aku sudah tak harap dia untuk aku...
Aku tak mahu dah...
Tapi kenapa Kau selalu bagitahu aku...
Aku tak nak dah..tak mahu dah...

Kenapa makin hampir ni..?
Tolonglah..aku rayu padaMu..
Jauhkan dia dari aku...
Tapi sekarang terlalu hampir...
Hampir sangat..hanya 5 minit..
Aku tahu..dengan keadaan sekarang ini, bila-bila masa aku boleh 'terjumpa' dia...
Ya Allah..jika dia memang bukan untuk aku, jangan Kau takdirkan begini...
Ya Allah..1800 hari bukan tempoh yang singkat untuk aku 'sembuh'..
Aku tahu bukan semua kehidupan berakhir dengan kebahagiaan...


Aku tahu aku pencinta setia, tapi aku dah tak mahu dah--

2:53 AM

July 10, 2009


masih merenungkan,
masih mengharapkan,
masih bermohon..

dari atas agar datang yang baik - baik sahaja,

hari ini, penghulu segala hari,
moga setiapnya akan menjadi yang terbaik untuk segala umatNya..

*kawan - kawan.. pi semayang jumaat ehh..*

10:02 AM

July 07, 2009

KENAPA EK??

kalau kita suka kat orang tu, kenapa perlu malu untuk bagitahu,

kalau kita minat sangat dengan orang tu, kenapa perlu malu untuk berterus - terang,

kalau kita rasa dia buat benda tak betul, kenapa perlu malu untuk menegur,
kalau kita rasa dia salah jalan, kenapa perlu malu untuk tunjuk jalan yang betul,

kalau kita nak buat semua yang kenapa ni, kenapa perlu buat dengan kurang ajar...
buat je dengan cara baik, orang boleh faham lah...(apa nak kecoh - kecoh ...?)

kenapa ek?


Lagu & video ni best..soft je..(sekadar selingan untuk mata & telinga)



Aku terasa seperti diri ini dalam proses transformasi..mungkin kerana angka umur yang semakin bertambah..haha..(Hipotesis:semakin bertambah umur,semakin bertambah kematangan)

3:16 AM


Free counter and web stats